Ask the experienced rather than the learned.

Wednesday, October 26, 2005

Amer Hamka - Satu Muhasabah Diri

Sudah seminggu Amer Hamka berusia 5 bulan.
Membilang hari usia Amer Hamka banyak memuhasabah*kan diri ini.
(*mengingati, menginsafi)

Melihat Amer Hamka, tertoleh usia yang lampau
Melihat Amer Hamka, tergambar zaman kekanakkan
Melihat Amer Hamka, tak terbayang waktu dulu-dulu
yang barang mungkin begini atau lebih dari ini
Melihat Amer Hamka, terlahir rasa syahdu
Melihat Amer Hamka, terpukul rasa malu dan tersipu
Melihat Amer Hamka, tertanam erti payah dan renyah
melayan kerenah


Renunglah dari sekarang..

Amer Hamka, Abah pun pernah melalui
saat ini.

berkerenah kepada seseorang dulu..
membuatkan diri ini berMUHASABAH sejenak..



al-khatib

Thursday, October 20, 2005

Di Bawah Lindungan Kaabah


Naskhah karya Hamka
dihadiahkan oleh Hj. Mohd Shukor dengan penuh simbolis


Penerbit
Qalam Printers & Publishers, Geylang Road, Singapore
Harga
1 Ringgit
Tahun Penerbitan
1952 (Cetakan yang ke-78)
Karya
Hamka

Dialog Lamaran kepada Wanita


Petikan dari dalam novel bagaimana lamaran terhadap Zainab dibuat.

Bagaimana agaknya pemuda dan pemudi zaman sekarang, mungkin begini gamaknye;
"nx week I msk minang u, jmpa org tua u.."
"u pkai bju aper?
"Bju mlyu yg u beli kat msjd india tulah!"
"Ok, u dtg dgn familykan, tp u stay dlm kete.."
"tahu.."
"bye luv u.."
-sms-

Wednesday, October 19, 2005

2 belunceh..


nak duit raya maksu..

Maksu, mama pesan nak duit warna merah..!!

050521-16-0065


New kids on the block..

Amer Hamka kini sah menjadi warganegara Malaysia.
Barangkali menjadi rakyat Malaysia yang ke 25,459 472 orang..

Thursday, October 06, 2005

Inspirion.. for my new film 'BOB'


Dua lelaki mengapit seorang 'big star' (in the making)

untitled company present.. BOB

A holy new concept of feature film. Coming on 2007.

ARE YOU OBES, lets to join..! (for casting) includes, chubbies, plumps, fatties, gendut, boyot, bulat, gelebeh etc.. (amateur are welcome, the more amateur you are, more value you have)

sent your bio and photo (wajib) to sh_ah_rul@yahoo.com

JAKUN a film by Saw Teong Hin (Summer 2006)


Orang yang asli di Perkampungan Orang Asli

"In consideration of the Option Fee hereby paid by the Company to the Creator, receipt of which the Creator irrevocably acknowledges, the Creator grants to the Company the sole and exclusive right to exercise an option to acquire the All Media Rights at any time during the Option Period. Should such option be exercised, payment of the Assignment Fee shall be made by the Company to the Author on the first day of shooting of the Film.."

Zaleha Ayam Patah : ekplorasi idea ke ruang infiniti



Inspirasi dari gerak tari zapin, saya mencipta satu rangka cerita yang didalamnya ada tema, watak, lokasi, elemen dramatik, dan sebagainya. Semuanya bermula dari satu titik. Dari titik, menjadi tompok, kemudian terbentuk sebuah tapak kepada sebuah cerita untuk dikongsi dengan audien.

ZALEHA AYAM PATAH adalah sebuah filem pendek yang diilhamkan dari gerak tari zapin Tenglu, langkah susur Ayam Patah. Gerakan ini memperlihatkan si penari seakan mengajuk gerak seekor ayam yang sudah patah kakinya. Menarik bukan?

"Ragam-ragam tari Zapin Melayu Johor banyak mengkiaskan pergerakan dari binatang, unggas dan pepohon yang melingkari kehidupan seharian orang Melayu. Ragam Titi Batang misalnya, mengkiaskan pergerakan meniti di atas pepohon yang jatuh melintang anak sungai. Juga Ragam Pusau Belanak, melakarkan pergerakkan kaki dan liuk badan seoalah-olah ikan belanak yang sedang berpusau-pusau dipermukaan air." (Dr. Mohd Anis, 1994)

Bukan sekadar itu, zapin di negeri Johor turut mencatatkan perjalanan yang amat menarik untuk diketahui.

Di seawal sejarah tarian zapin di Johor, kaum wanita tidak menari tarian ini. Ia hanya dipraktik oleh kaum lelaki selepas solat Isyak sebagai sebuah aktiviti sosial atau 'lepak' pada waktu itu. Dengan seorang pemain gambus dan marwas atau rebana, mereka 'jamming' atau menari tari zapin secara informal sambil berhadrah sehingga lewat malam. Ingin tahu lagi?

Di awal tahun 60an, di beberapa daerah di negeri Johor wujud fenomena wanita mula memberanikan diri untuk mempelajari tarian zapin ini. Salah seorang daripada ialah Mak Usu, (Habsah bt. Mohammad) pelopor penari wanita bagi tarian zapin Tenglu. Mak Usu masih aktif dan kini menetap di Pulau Sibu Besar, Johor.

Mak Usu mempelajari gerak zapin dari Pak ciknya secara sembunyi-sembunyi bersama beberapa rakan. Pada waktu itu, wanita yang menari zapin dianggap 'jalang' atau wanita kurang baik akhlaknya. Berkat usaha gigih dan semangat kental Mak Usu, maka tertubuhlah kumpulannya sendiri dan Mak Usu diingati sebagai perintis kepada penari zapin wanita. Menarikkan ?

Tidak! Ia belum cukup menarik! Memikirkan isi cerita sebuah filem pendek bukanlah satu kerja 'copy and paste' tentang apa yang kita fikirkan sesuai untuk dikongsi bersama audien. ZALEHA AYAM PATAH mengalami satu proses yang agak panjang sehingga ia terbentuk sebuah filem pendek.

Didasarkan dari fragmen sejarah zapin di negeri Johor dan disimbolasikan kepada gerak 'Ayam Patah' serta menghidupkan watak Zaleha adalah tiga elemen asas kepada kelahiran filem pendek ZALEHA AYAM PATAH.

Watak Zaleha yang tempang atau capik adalah metafora (permaknaan) yang bersifat sfera (bulat) dan memberi makna yang pelbagai kepada pembangunan jalan cerita dan tema filem ini.

Maka kombinasi ZALEHA : AYAM : PATAH adalah satu ikatan saling memerlukan dalam memberi makna kepada isi cerita sambil menimbulkan tanda soal kepada audien.

Menerusi filem pendek ZALEHA AYAM PATAH saya cuba mengungkap sebuah pengertian tentang perkembangan budaya Malaysia di celah-celah arus pemodenan dan kemajuan minda manusia yang sangat deras kini. Kita ada sejarah, kita ada asal usul. Pada tahap yang bagaimanakah harus sejarah dan asal usul itu patut dihargai dan dipelihara keaslian dan keunikkannya?

Walaupun budaya itu kekal, masih ada, masih diamalkan, namun ketulenan nilainya tetap menjadi persoalan. Keris pusaka peninggalan nenek moyang akan tiada ada nilainya kalau matanya sumbing, hulunya reput!

Bercerita melalui bingkai filem, visual memainkan peranan yang cukup besar. Lantas pemilihan komposisi, miss-es-scene dan arahan seni sangat membantu kepada pengukuhan jalan cerita. Dengan kata lain, bahasa filem sangat penting diguna pakai dengan bijak. Menonton dengan sedikit pengetahuan bahasa filem akan membantu penonton melihat apa yang tiada di depan matanya. Jika tidak, ibarat sebuah tin kosong tetapi bila diangkat dirasakan ia berat padahal isinya kosong, sedangkan isi yang berat itu tidak nampak oleh mata kasar.

ZALEHA AYAM PATAH didokong oleh kuasa kerja kolektif. Membikin filem memerlukan ahli-ahli yang pakar bagi setiap kompenan dan akhirnya digabung dan membentuk sebuah produk yang satu. Menyedari ZALEHA AYAM PATAH adalah sebuah produksi yang kecil, saya mendorong setiap tenaga produksi membesar-besarkan apa yang kecil, mengada-adakan apa yang tiada. Seekor kucing kalau kena gayanya, ngiaunya boleh didengar seperti mengaum! Saya memberi kebebasan berkarya bagi setiap unit produksi supaya mereka merasakan ini adalah work mereka. Itu rahsianya.

Hasrat melihat ZALEHA AYAM PATAH untuk bersaing, membuatkan ZALEHA AYAM PATAH berada di bilik suntingan dalam tempoh yang agak lama. Proses mengadun dan menyusun visual dengan �material� yang ada dibuat berkali-kali sampai buntu. Kuasa suntingan sangat kuat. Jalan cerita boleh berubah hanya dengan mengalihkan adegan yang depan ke belakang atau sebaliknya. Ironinya, plot ZALEHA AYAM PATAH boleh dibentuk dalam struktur yang sangat fleksi dan serba mudah, easy to deal with..

Menjadikan ZALEHA AYAM PATAH sebuah naskhah yang mudah ditanggapi dan didekati, saya menyuntik elemen-elemen lebih segar seperti lagu dalam filem, pemilihan pelakon berkaliber, pemilihan lokasi menarik dan yang paling penting usaha pemasaran yang luar biasa.

ZALEHA AYAM PATAH adalah kepercayaan Universiti Putra Malaysia untuk melihat sebuah produk yang berasaskan filem komersil berjaya membawa isu atau tema pendidikan dan budaya secara lebih halus dan mudah diterima masyarakat umum.

Memilih isu yang serius, tetapi dihidangkan secara kemas dari aspek pembikinan filem dan pemasaran yang luar biasa adalah ramuan untuk melihat filem ini akan berjaya memenangi hati penonton. Filem ini juga diharap dapat mengharumkan nama negara di festival-festival filem antarabangsa.

Penerbitan filem pendek ZALEHA AYAM PATAH adalah satu proses jelajah idea ke destinasi yang sangat jauh. Dari titik inspirasi gerak tari, dikembangkan kepada sebuah cerita yang di dalamnya ada relatif sejarah, kritik sosial dan elemen hiburan untuk tontonan, ZALEHA AYAM PATAH muncul menyelusuri arus perdana perfileman Malaysia yang mahukan idea-idea segar, ringkas, tidak membebankan tetapi berkualiti dan berisi.

_________________________________________________________________________________
ZALEHA AYAM PATAH diterbitkan oleh Uniputra Production, Universiti Putra Malaysia (UPM). Perbadanan Kemajuan Perfileman Nasional (FINAS) turut menyumbang dana kepada penerbitan filem ini. Durasi filem ini 25 minit.

Filem ini telah siap sepenuhnya dan sedang menanti untuk perlancarannya pada bulan Jun ini. Antara pelakon yang terlibat seperti Eman Manan, Hasnul Rahmat, Samat Salleh dan Rosnah Johari.



fikir dan fikir...

Shahrul Azli Mohd Shukor, 29 kini bertugas sepenuh masa di Uniputra Production, UPM. Beliau adalah lulusan Akademi Seni Kebangsaan. ZALEHA AYAM PATAH adalah skrip beliau yang memenangi Pertandingan Penulisan Skrip Filem/TV anjuran FINAS dan DBP pada tahun 2002. Pada tahun 2003, MANEK URAI dan PARIT ANAK BUKIT tahun 2004 turut memenangi di pertandingan yang sama bagi kategori Filem Pendek dan NAPAR MAT GALEI bagi kategori Filem Ceraka Pawagam pada tahun 2000.

ZALEHA AYAM PATAH adalah arahan pertama beliau dalam format filem. Beliau aktif menerbitkan video korporat dan dokumentari di UPM.

Anak abah tuuu...


say uuummm...


Anak abah tu, Amer Hamka tu.. dia bulat tu..
Anak abah tu, dia besor tu..
Anak abah tu, dia panjang tu..